Petang ini guru-guru SERI / SEMI Abim Sg Ramal mengadakan taklimat di Bilik Guru. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Pengetua. Puan Pengetua mengingatkan beberapa perkara tentang perjalanan sekolah.
Antara perkara yang beliau sentuh ialah:
- Cerapan guru-guru sekolah menengah. Cerapan ini dilakukan oleh guru-guru sekolah lain.
- Semakan buku tulis. Guru diminta melakukan semakan buku tulis semasa minggu mengulangkaji.
- Keceriaan kelas.
- Kad Keluar Kelas. Guru akan diberikan dua keping kad yang digunakan untuk murid-murid yang ingin keluar semasa kelas berjalan.
- Bilik guru akan mendapat rak kasut yang baru. Guru diminta meletakkan kasut di rak kasut kerana dikhuatiri akan disepak oleh murid-murid.