You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

Jangan jadi macam ni.

by Mohd Syakir Yusof | 3:02 PM in | comments (1)

Bilik kena pecah

by Mohd Syakir Yusof | 9:24 AM in | comments (0)

Pada hari Sabtu, 8hb Dis 2007 telah berlaku peristiwa yang agak malang menimpa saya kerana bilik rumah sewa yang tersayang telah dipecah oleh pencuri yang tidak bertanggungjawab.

Peristiwa tersebut dipercayai berlaku antara pukul 1 - 1.45 petang. Member sebilik yang baru saje tinggal di bilik tersebut selama 2 minggu adalah orang yang pertama menyedari kejadian tersebut. Barang yang hilang taklah banyak tetapi barang yang hilang tidak sama dengan barang yang baru.

Walaubagaimanapun kejadian tersebut telah memberi pengajaran kepada ahli-ahli rumah. Semoga kejadian tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Gambar: Keadaan pintu bilik yang teruk dipecah.

Pelaburan Internet: Antara Halal & Haram

by Mohd Syakir Yusof | 2:39 PM in | comments (0)

Koleksi SMS 1

by Mohd Syakir Yusof | 5:26 PM in | comments (0)

SMS 1
Sms diterima: 1hb Disember 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kadang-kadang tidak semua yang kita impikan itu akan menjadi impian.. ada perkara juga yg memerlukan kita melalui jalan yang sangat panjang.

SMS 2
Sms diterima: 29hb Oktober 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalannya berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran.

Koleksi SMS

by Mohd Syakir Yusof | 5:12 PM in | comments (0)

SMS merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dewasa ini. Selain SMS biasa untuk bertanya khabar, ada banyak sms yang mengandungi maklumat atau kata-kata yang berbentuk nasihat, motivasi dan usikan.

Tak payah nak pikir-pikir sms apa yang hendak dihantar kalau dah habis idea. Cuma pilih sms tersedia yang sama dengan maksud kita itu.

Nak buang sayang, nak simpan tak cukup space (maklumlah handphone murah). Oleh itu, baik rasanya saya berkongsi sms yang saya terima kepada anda semua. Selamat membaca (kalau sapa-sapa perasan sms anda kepada saya tersenarai, saya minta halal...He..he)

Kumpul stok teka teki

by Mohd Syakir Yusof | 4:34 PM in | comments (0)

Dari pemerhatian saya, salah satu cara untuk menarik minat murid-murid adalah melalui teka-teki. Rasanya murid -murid tahun 3 ke atas boleh kita gunakan pendekatan ini. Selain menguji minda mereka, murid-murid boleh menanam sifat berani bertanya. Dalam teka-teki, bukan sahaja guru bertanya, tetapi murid-murid juga boleh 'menjual' teka-teki kepada guru atau rakan-rakan.

Pengalaman saya yg lepas, ada satu kelas tu (kelas 3 Ali), ada yang murid susah kita nak dengar dia bersuara tapi masa kita buat segmen teka-teki, dia je yang paling kepoh (agak-agak sapa orang tu ya?) Apabila kita tak dapat jawab (kadang-kadang tu saje), mereka akan berasa seronok. Macam mereka dah mencapai sesuatu yg boleh dibanggakan. Baguslah tu..

Oleh itu, saya mengajak semua untuk berkongsi teka-teki dengan saya. Boleh berkongsi dengan memberi komen di bawah...

Masa cepat berlalu..

by Mohd Syakir Yusof | 4:21 PM in | comments (0)

Wow! pejam celik pejam celik, sekarang kita berada di penghujung tahun 2007. Rasa macam sekejap sahaja. Bagaimana azam anda semua tahun ini? Banyak yang dah terlaksana atau belum? Kalau belum kita ada sebulan lagi. Rasanya boleh laksana 3 atau 5 azam lagi. Mungkin ramai yang kata, azam tahun lepas belum tercapai apa lagi azam tahun ini.

Kalau macam tu, anda semua kena kecilkan lagi skop azam anda tu. Kalau azam tu besar dan makan 2 atau 3 tahun baru selesai, ini akan memenatkan. Selain itu kita akan mudah kecewa kerana tidak berjaya melaksanakan azam itu.

Oleh itu, selamat mengemaskini azam masing-masing. Kalau tak nak tertekan dengan azam, tak payah pasang azam. Cari je kawan nama Azam.. He..he..

Kementerian Pelajaran Malaysia

About me

My Favourite

Seri Abim
PPDHL
Adbrite

Lets Chat

Visitors

Viewers

Solat

Blog Ranking

Top Blogs
Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory
Google PageRank
Add to Technorati Favorites
Academics blogs
Academics Blogs
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
Best Malaysian Sites
Blogarama - The Blog Directory


World Top Sites
Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites


Support Me!!

Please Support my work and help me to keep going..Any help would be highly appreciated..thanks!