You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

Usrah

by Mohd Syakir Yusof | 3:26 PM in | comments (0)

Hari ini macam biasa, setiap hari Rabu, guru-guru lelaki mengadakan Usrah. Usrah hari ini diadakan di Kantin. Selain membaca al-Ma’surat, usrah akan membincangkan buku Sirah Nabi. Pembentang usrah ialah Farhan dan tuan rumah ialah Helmi. Tuan rumah akan menyediakan makanan selepas pembentangan. Tajuk yang dikupas ialah mengenai Bai’at Aqabah Pertama. Berikut adalah isi mengenai tajuk ini.

1. Sebelas tahun Rasulullah saw menghadapi kehidupan yang tak mengenal istirehat dan ketenangan. Setiap saat selalu diancam pembunuhan dan penganiayaan daripada orang-orang Quraisy. Tetapi itu semua tidak mengendurkan semangat dan kekuatannya.

2. Sebelas tahun Rasulullah saw mengalami keterasingan yang mencengkam di antara kaumnya, tetangganya dan semua kabilah yang ada sekitarnya. Tetapi Rasulullah saw tidak pernah putus asa dan terpengaruh oleh situasi tersebut.


Allah mewajibkan dua hal kepada manusia:

1. Menegakkan syariat Islam dan masyarakatnya.

2. Berjalan mencapai tujuan tersebut di jalan yang penuh dengan onak duri.

3. Dalam bai’at ini tidak terdapat butir-butir tentang jihad, karena pada waktu itu jihad dan qital belum disyariatkan. Oleh sebab itu pembai’atan Rasulullah saw kepada orang tersebut tidak menyebutkan masaalah jihad.

4. Mush’ab bin Umair menyambut perintah Rasulullah saw ini dengan senang hati. Sesampainya di Madinah, dia mengajak penduduk Madinah masuk Islam, membacakan al-Quran dan mengajar hukum-hukum Allah.

5. Tugas da’wah Islam bukan hanya tugas para Nabi dan Rasul saja. Tetapi merupakan bahgian yang tak terpisahkan dari hakikat Islam itu sendiri. Tidak ada alasan bagi setiap muslim untuk tidak melaksanakannya, betapa pun kedudukan, pekerjaan dan keahliannya.


Taklimat Jumaat

by Mohd Syakir Yusof | 4:38 PM in | comments (0)

Petang ini guru-guru SERI / SEMI Abim Sg Ramal mengadakan taklimat di Bilik Guru. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Pengetua. Puan Pengetua mengingatkan beberapa perkara tentang perjalanan sekolah.

Antara perkara yang beliau sentuh ialah:

  1. Cerapan guru-guru sekolah menengah. Cerapan ini dilakukan oleh guru-guru sekolah lain.
  2. Semakan buku tulis. Guru diminta melakukan semakan buku tulis semasa minggu mengulangkaji.
  3. Keceriaan kelas.
  4. Kad Keluar Kelas. Guru akan diberikan dua keping kad yang digunakan untuk murid-murid yang ingin keluar semasa kelas berjalan.
  5. Bilik guru akan mendapat rak kasut yang baru. Guru diminta meletakkan kasut di rak kasut kerana dikhuatiri akan disepak oleh murid-murid.

Mesyuarat PenyelarasMakmal Komputer PPD

by Mohd Syakir Yusof | 4:03 PM in | comments (0)

Pada 04 Julai 2008 yang lalu Ustaz menghadiri Mesyuarat Penyelaras Makmal Komputer Sekolah Daerah Hulu Langat. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Blok E, PPD Hulu Langat. PPD ini terletak dengan dengan Tesco, Saujana Impian.

Walaupun mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu Makmal Komputer sekolah kerajaan tetapi beberapa perkara sedang dan boleh diaplikasikan di sekolah Seri Abim Sg Ramal.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

  1. Jadual Penggunaan Makmal hendaklah ditampal.
  2. Buku rekod penggunaan Makmal hendaklah diadakan.
  3. Buku inventori Makmal Komputer.

Seri Abim Sg Ramal sangat beruntung kerana mempunyai kemudahan ICT yang agak lengkap. Ada juga sekolah kerajaan yang belum lengkap dengan kemudahan ICT. Tapi kebanyakannya sudah lengkap dan lebih daripada Makmal Komputer Seri Abim Sg Ramal. Yang lebih itu ialah makmal komputer di sekolah kerajaan terletak di bangunan yang besar dan selesa.

Walaupun begitu kemudahan di Makmal Komputer Seri Abim sudah memadai untuk pembelajaran murid-murid. Cuma kena maintain dan tambahkan keceriaan makmal komputer. Insya-Allah ustaz akan berusaha ke arah itu. Ustaz akan mengemaskini tugas-tugas yang perlu dilakukan di makmal komputer sekolah.

Selain itu Ustaz mengharapkan para pelajar dapat menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer dengan lebih cermat. Manfaatkan sepenuhnya kemudahan itu kerana ibubapa dan penjaga murid-murid telah membayar yuran yang agak tinggi untuk pembelajaran komputer di sekolah.

Selepas mesyuarat, ceramah mengenai keselamatan internet diadakan. Kupasan tentang ceramah itu Ustaz akan blog di entry yang lain. Ceramah tamat pukul 12.30 tengahari. Ustaz bergegas ke Sg Ramal untuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Falah.

Telefon Muzik Pilihan

by Mohd Syakir Yusof | 9:33 AM in | comments (0)

Pelbagai kriteria orang dalam memilih telefon muzik. Antaranya kelantangan suara, butang khas untuk memain semula, kapasiti muatan dan kuasa bateri.

Majalah PC Julai 2008 menegeluarkan isu mengenai 10 telefon Muzik pilihan. Di dalam senarai tersebut terdapat 3 telefon Nokia, 3 telefon Samsung, 2 telefon Sony Ericsson dan 1 telefon LG dan telefon Motorola.

Telefon Nokia yang tersenarai ialah N91, Nokia 5220 dan 5320 XpressMusic. Nokia N91 menawarkan kapasiti sehingga 8gb dan menyokong pelbagai format muzik serta mempunyai radio FM stereo.

Manakala Nokia 5320 dilengkapi dengan 3G, akses web dan kawalan suara “Say and Play’. Ciri menarik yang terdapat pada telefon ini ialah ia mempunyai cip audio untuk kualiti hi-fi dan masa memain semula sehingga 24jam. Lama tu. Telefon Nokia 5220 sama seperti 5320 tetapi ia lebih nipis.

Sony Ericsson mempertaruhkan W7601 dan W3501. Telefon Sony Ericsson W7601 terkenal dengan ciri uniknya iaitu mempunyai fungsi kawalan media secara goncangan. Kita kena goncang ke depan kalau nak memain semula muzik. Telefon Sony Ericsson W3501 merupakan telefon muzik flip.

Dalam banyak-banyak telefon muzik yang tersenarai, telefon Nokia 5320 XpressMusic merupakan telefon muzik pilihan saya. Saya memilih telefon tersebut kerana ia mempunyai bentuk telefon yang klasik. Memang saya suka yang klasik. Lagi satu telefon ini mempunyai pembesar suara yang mantap dan tajam (pernah pinjam dengan kawan, dengar kualiti memang bagus).

Apapun saya masih setia dengan telefon yang ada sekarang (Nokia 1100 aka telefon ada lampu suluh, huhu..) memandangkan ia masih ok dan nak beli telefon muzik bukan manjadi keperluan sekarang.

Siti Fatimah: Watak Remaja Masa Kini.

by Mohd Syakir Yusof | 4:24 PM in | comments (0)

Pada Jumaat minggu lepas, saya menonton VCD mengenai Siti Fatimah: Watak Remaja Masa kini bersama murid-murid Tahun 6 Ali. Siti Fatimah ialah pelajar terbaik SPM 2006 yang mendapat keputusan 18A.

Di dalam vcd tersebut dipertontonkan mengenai kehidupan seharian Siti Fatimah bermula awal pagi sehingga malam. Beliau bangun seawal 4 pagi. Amalan rutin yang beliau lakukan ialah beliau mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tahajjut, hajat dan solat sunat yang lain. Selepas mengerjakan solat sunat, beliau akan membaca beberapa potong ayat al-Quran. Selepas itu beliau akan mengulangkaji pelajaran.

Di dalam vcd itu juga menunjukkan bagaimana Siti Fatimah menjalani kehidupan sebagai pelajar. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah beliau bukan sahaja pintar di dalam akademik tetapi aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau juga seorang ketua pengawas dan aktif di dalam sukan seperti badminton dan persatuan.

Semasa di dalam kelas beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila beliau tidak faham, beliau akan terus bertanya kepada guru. Beliau jarang ke kantin untuk rehat tetapi lebih banyak menghabiskan masa di dalam kelas mengulangi matapelajaran semasa rehat sambil menikmati bekal makanan yang dibawa.

Di harap murid-murid Seri Abim Sg Ramal dapat mencontohi Siti Fatimah. Saya berdoa mereka akan berjaya di dalam akademik dan sahsiah..

Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq: Catatan 2

by Mohd Syakir Yusof | 8:31 AM in | comments (0)

Setelah selesai makan tengahari dan solat Zuhur, kursus disambung semula. Tapi slot petang ini kami melakukan eksperimen. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya, Madi dan Razif satu kumpulan. Setiap kumpulan melakukan eksperimen yang berasingan.

Kumpulan saya diberi alat eksperimen iaitu baldi, batu berwarna-warni (macam batu cincin) dan gelung besi. Kami diberitahu bahawa kami akan melakukan eksperimen mengenai cahaya.

Kemudian kami diberikan beberapa helai kertas iaitu borang pre-test dan arahan ekperimen. Ooh, rupanya kumpulan saya akan melakukan eksperimen mengenai pembiasan cahaya.

Eksperimen 1, kami perlu memerhatikan keadaan pensel yang dicelupkan ke dalam baldi yang berisi air. Manakala eksperimen 2, kami perlu memasukkan batu kecil ke dalam gelung besi yang direndam di dalam air.

Di dalam eksperimen itu, kami perhatikan bahawa pensel kelihatan bengkok ke atas dan memang sukar untuk memasukkan batu kecil ke dalam gelung besi. Fenomena ini dipanggil pembiasan cahaya. Kemudian kami perlu mengisi beberapa borang tentang eksperimen tersebut. Kursus berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar.

Slot kelima telah disampaikan oleh Prof Dr Yusof b. Othman bermula pukul 8.30 malam. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Mengintegrasikan Sains dalam Pendidikan Islam. Oleh kerana sains telah sekian lama memberi manfaat kepada manusia, lama kelamaan manusia telah terpesona mengakibatkan alam rosak dan sistem sosial bercelaru.

Sains lebih mengutamakan kepintaran intelektual telah mengabaikan kepintaran emosi, spiritual dan tauhid. Oleh itu manusia perlu membangunkan roh dan qulb. Di akhir slot beliau mengingatkan kami bahawa kita sekarang perlu menjadi agen perubahan sains dan bukan menjadi penonton sahaja. Oleh itu kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Kursus tamat pada pukul 10.30 malam.

Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq: Catatan 1.

by Mohd Syakir Yusof | 8:28 AM in | comments (0)

Pada hari ini, sehari suntuk saya mengikuti Kursus Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq di Dewan Syura, Kolej Dar Hikmah. Kursus ini dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). YTP ini macam PPD untuk sekolah-sekolah ABIM.

Kursus ini bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 malam. Kalau saya tidak silap, tak kurang 70 orang peserta dari sekolah ABIM seluruh semenanjung Malaysia yang mengikuti kursus ini. Dari SERI ABIM Sg Ramal sahaja dah 56 orang peserta.

Slot pertama disampaikan oleh Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh. Beliau menyampai 2 slot iaitu Pendidikan Sains berteraskan Tauhid dan Alam & Quran sbg Kitab Allah. Dalam slot pertama, antara isi yg saya dapat kutip ialah mengapa surah al-Fatihah diangkat sebagai Ummul kitab.

Al-fatihah menerangkan bahawa matlamat manusia sebagai khalifah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang dan Allah juga Raja hari Pembalasan.

Untuk mencapai matlamat itu, manusia perlu mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa meminta pertolongan daripada Allah, meminta ditunjukkan jalan yang lurus dan jalan yang dikurniakan Allah nikmat. Selain itu kita perlu menghindari diri dari jalan yang salah / sesat.

Di dalam slot kedua, antara isi yang saya dapat ialah apa itu ‘membaca’. Membaca ialah proses belajar yg boleh dilakukan melalui penyelidikan, kajian, penjelajahan dan renungan tanpa diajar terus oleh guru. Kita bukan sahaja boleh membaca buku atau kitab tetapi kita boleh membaca alam.

Apabila kita membaca alam kita melakukan sains kerana kita mendengar, melihat, berfikir untuk menstruktur idea dan menulis . Slot kedua berakhir pada pukul 1 petang. Kursus berhenti untuk makan tengahari dan solat zuhur.

Teka-teki Julai

by Mohd Syakir Yusof | 7:58 AM in | comments (0)

Teka-teki 1

Budak sekarang suka sangat tengok gusti atau WWE. Dalam WWE tu ada penggusti namanya Undertaker dan The Rock. Kalau Undertaker nak masuk stadium, dia naik motor besar. Soalannya The rock naik apa???


Teka-teki 2

Banyak-banyak ikan, ikan apa paling pandai??



Jawapan:

Teka-teki 1:
The Rock naik kening.....

Teka-teki 2: Ikan Yu sebab di masuk 'U' (universiti).

Kementerian Pelajaran Malaysia

About me

My Favourite

Seri Abim
PPDHL
Adbrite

Lets Chat

Visitors

Viewers

Solat

Blog Ranking

Top Blogs
Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory
Google PageRank
Add to Technorati Favorites
Academics blogs
Academics Blogs
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
Best Malaysian Sites
Blogarama - The Blog Directory


World Top Sites
Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites


Support Me!!

Please Support my work and help me to keep going..Any help would be highly appreciated..thanks!