You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

Jangan jadi macam ni.

by Mohd Syakir Yusof | 3:02 PM in | comments (1)

Bilik kena pecah

by Mohd Syakir Yusof | 9:24 AM in | comments (0)

Pada hari Sabtu, 8hb Dis 2007 telah berlaku peristiwa yang agak malang menimpa saya kerana bilik rumah sewa yang tersayang telah dipecah oleh pencuri yang tidak bertanggungjawab.

Peristiwa tersebut dipercayai berlaku antara pukul 1 - 1.45 petang. Member sebilik yang baru saje tinggal di bilik tersebut selama 2 minggu adalah orang yang pertama menyedari kejadian tersebut. Barang yang hilang taklah banyak tetapi barang yang hilang tidak sama dengan barang yang baru.

Walaubagaimanapun kejadian tersebut telah memberi pengajaran kepada ahli-ahli rumah. Semoga kejadian tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Gambar: Keadaan pintu bilik yang teruk dipecah.

Pelaburan Internet: Antara Halal & Haram

by Mohd Syakir Yusof | 2:39 PM in | comments (0)

Koleksi SMS 1

by Mohd Syakir Yusof | 5:26 PM in | comments (0)

SMS 1
Sms diterima: 1hb Disember 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kadang-kadang tidak semua yang kita impikan itu akan menjadi impian.. ada perkara juga yg memerlukan kita melalui jalan yang sangat panjang.

SMS 2
Sms diterima: 29hb Oktober 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalannya berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran.

Koleksi SMS

by Mohd Syakir Yusof | 5:12 PM in | comments (0)

SMS merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dewasa ini. Selain SMS biasa untuk bertanya khabar, ada banyak sms yang mengandungi maklumat atau kata-kata yang berbentuk nasihat, motivasi dan usikan.

Tak payah nak pikir-pikir sms apa yang hendak dihantar kalau dah habis idea. Cuma pilih sms tersedia yang sama dengan maksud kita itu.

Nak buang sayang, nak simpan tak cukup space (maklumlah handphone murah). Oleh itu, baik rasanya saya berkongsi sms yang saya terima kepada anda semua. Selamat membaca (kalau sapa-sapa perasan sms anda kepada saya tersenarai, saya minta halal...He..he)

Kumpul stok teka teki

by Mohd Syakir Yusof | 4:34 PM in | comments (0)

Dari pemerhatian saya, salah satu cara untuk menarik minat murid-murid adalah melalui teka-teki. Rasanya murid -murid tahun 3 ke atas boleh kita gunakan pendekatan ini. Selain menguji minda mereka, murid-murid boleh menanam sifat berani bertanya. Dalam teka-teki, bukan sahaja guru bertanya, tetapi murid-murid juga boleh 'menjual' teka-teki kepada guru atau rakan-rakan.

Pengalaman saya yg lepas, ada satu kelas tu (kelas 3 Ali), ada yang murid susah kita nak dengar dia bersuara tapi masa kita buat segmen teka-teki, dia je yang paling kepoh (agak-agak sapa orang tu ya?) Apabila kita tak dapat jawab (kadang-kadang tu saje), mereka akan berasa seronok. Macam mereka dah mencapai sesuatu yg boleh dibanggakan. Baguslah tu..

Oleh itu, saya mengajak semua untuk berkongsi teka-teki dengan saya. Boleh berkongsi dengan memberi komen di bawah...

Masa cepat berlalu..

by Mohd Syakir Yusof | 4:21 PM in | comments (0)

Wow! pejam celik pejam celik, sekarang kita berada di penghujung tahun 2007. Rasa macam sekejap sahaja. Bagaimana azam anda semua tahun ini? Banyak yang dah terlaksana atau belum? Kalau belum kita ada sebulan lagi. Rasanya boleh laksana 3 atau 5 azam lagi. Mungkin ramai yang kata, azam tahun lepas belum tercapai apa lagi azam tahun ini.

Kalau macam tu, anda semua kena kecilkan lagi skop azam anda tu. Kalau azam tu besar dan makan 2 atau 3 tahun baru selesai, ini akan memenatkan. Selain itu kita akan mudah kecewa kerana tidak berjaya melaksanakan azam itu.

Oleh itu, selamat mengemaskini azam masing-masing. Kalau tak nak tertekan dengan azam, tak payah pasang azam. Cari je kawan nama Azam.. He..he..

Blog SERI / SEMI ABIM Pusat

by Mohd Syakir Yusof | 5:29 PM in | comments (0)

Untuk mengelakkan pertindihan kepentingan, saya telah mengasingkan blog aktiviti-aktiviti sekolah SERI / SEMI ABIM Pusat ke blog khusus yang baru. Blog tersebut boleh dicapai di blog http://seriabimpusat.blogspot.com/

Semoga kemunculan blog yang baru ini akan memberi nafas yang baru terhadap blog personal saya. Saya akan membawa satu dimensi yang baru di dalam blog ini. Apa yang baru? sama-samalah kita tunggu...

Kewangan Mandiri 2

by Mohd Syakir Yusof | 5:00 PM in | comments (0)

Mencapai kewangan mandiri atau financial free bukanlah suatu yang susah dan bukanlah suatu yang senang. Ia bukanlah suatu yang susah kerana ia boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Ia juga bukanlah suatu yang senang kerana ia menuntut disiplin, keinginan tinggi dan kesanggupan kita melepaskan sesuatu yang selesa selama ini. berikut adalah tip untuk mencapai kewangan mandiri.

  1. Pendapatan yang secukupnya
  2. menyimpan sebahagian daripada pendapatan
  3. Melaburkan simpanan di tempat yang betul
  4. Mengelakkan diri daripada kekhilafan kewangan
Selepas ini saya mengupas dengan lebih detail tentang butir-butir di atas.

VCD Majlis Ihtifal SERI/ SEMI ABIM Pusat 2007

by Mohd Syakir Yusof | 3:00 PM in | comments (0)


Unit I.T SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam, Kajang telah menerbitkan VCD Majlis Ihtifal SERI/ SEMI ABIM Pusat Kali ke 19 yang diadakan pada 17hb. Nov. 2007.

VCD yang berharga RM3 boleh dibeli di sekolah. Dapatkan segera VCD ini sebagai kenang-kenangan anda pada 2007.

UPSR jadi PSR pada 2011

by Mohd Syakir Yusof | 3:24 PM in | comments (0)

PUTRAJAYA 20 Nov. – Bermula 2011, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), masing-masing akan ditukar nama kepada Pentaksiran Sekolah Rendah (PSR) dan Pentaksiran Sekolah Menengah Rendah (PSMR).

Bagaimanapun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal mengguna pakai nama yang sedia ada.

Ketua Penolong Pengarah Unit Psikometri Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Jamil Adimin berkata, perubahan itu dibuat atas kehendak awam dan sejajar dengan pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Beliau berkata, berdasarkan SPPK, peperiksaan-peperiksaan utama itu tidak lagi menekankan kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kecemerlangan sahsiah, kokurikulum, jasmani dan ujian psikometrik.

Lagi..

Kewangan Mandiri 1

by Mohd Syakir Yusof | 4:07 PM in | comments (0)

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi financially free… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan.

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan. Sumber

Jamuan Akhir Tahun Thn 1 dan 6

by Mohd Syakir Yusof | 2:42 PM in | comments (0)

Berikut adalah gambar-gambar yang menarik di jamuan akhir tahun



Tahun 1 Hamzah



Tahun 1 Zaid



Tahun 6 Uthman



Tingkatan 3

Bersara tak berduit

by Mohd Syakir Yusof | 8:40 AM in | comments (0)

Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen.

Apakah maksudnya?

  • Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
  • RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
  • Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!
Jadi apa perlu anda buat?
  • Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
  • Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
  • Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin
Sumber

Gambar Raya 2007

by Mohd Syakir Yusof | 4:57 PM in | comments (0)

Gambar-gambar raya 2007.


Tiada di gambar - Kakak Faezah dan Abg Mizan & anak-anak (Nana, Adam,Ein)



Dari kiri - Yasir, saya, Udin, Tipah, Adib.

Selamat Hari Raya

by Mohd Syakir Yusof | 1:42 PM in | comments (0)

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa.
Maaf Zahir dan Batin.

Tulus ikhlas daripada:
Mohd Syakir Md. Yusof

Jom Join e-Group BAKA SERI/ SEMI ABIM

by Mohd Syakir Yusof | 11:21 AM in | comments (0)

E-group ini bertujuan untuk menjadi alat perhubungan antara ahli-ahli BAKA. Ruang ini khusus kepada ibu-bapa dan guru-guru Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Sungai Ramal Dalam, Kajang sahaja.

Tiap-tiap ibubapa dan guru di sekolah adalah secara automatik menjadi ahli BAKA SERI/ SEMI. Namun, untuk menjadi ahli e-group ini, sila nyatakan nama dan kelas anak yang belajar di SERI atau SEMI ABIM.

Jom Join e-Group BAKA SERI/ SEMI ABIM Sekarang! Untuk daftar sila klik di sini

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Poster Doa Amalan Ramadan

by Mohd Syakir Yusof | 2:46 PM in | comments (0)

Sekolah Seri/Semi Abim, Kajang sedang mengedarkan Poster Doa Amalan Ramadan. Poster tersebut berharga RM2.00. Poster ini boleh dijadikan panduan dan amalan di sepanjang Ramadan yang mulia ini.

Ibu/ bapa atau sesiapa sahaja yang berminat boleh dapatkan poster tersebut di Pejabat Sekolah. Kutipan untuk jualan poster ini akan disumbangkan ke dalam Tabung Pembangunan Sekolah.

Semoga usaha anda yang murni ini akan memberi kebaikan kepada anak-anak serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T

Jimat Berbelanja

by Mohd Syakir Yusof | 11:56 AM in | comments (0)

Dah dekat musim perayaaan ini, perasaan untuk berbelanja tidak boleh dibendung. Ada saja godaan untuk berbelanja walaupun tidak perlu. Berikut adalah cara untuk merancang perbelanjaan.

Caranya adalah…

  1. Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.
  2. Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.
  3. Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.

    Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda!. Sumber

Majlis Berbuka Puasa

by Mohd Syakir Yusof | 11:49 AM in | comments (0)

Alhamdulillah, seramai lebih 200 orang ahli BAKA yang terdiri daripada ibubapa, penjaga, guru-guru dan kakitangan SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal telah menghadiri majlis berbuka puasa (Iftar Ramadhan) yang diadakan pada 22hb September 2007.

Selain itu, solat Tarawih dan tazkirah juga diadakan di surau sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang majlis tersebut:



JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

by Mohd Syakir Yusof | 3:11 PM in | comments (0)

Sukacita dimaklumkan BAKA akan menganjurkan majlis berbuka puasa (Iftar Ramadhan). Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 September 2007/10 Ramadan 1428H (Sabtu)
Tempat : Kantin SERI/SEMI ABIM Sg Ramal Dalam

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

6.00 : Ketibaan para ibu/bapa

7.15 : Iftar shaghir

7.30 : Solat Maghrib

7.45 : Iftar Kabir

8.25 : Solat insya’ dan Tarawih

Ibu-bapa digalakkan membawa juadah ringan. Sila maklumkan kehadiran selewat-lewatnya 20 September 2007. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira.

Tadarus sepanjang Ramadhan

by Mohd Syakir Yusof | 2:38 PM in | comments (1)

Murid-murid SERI/SEMI ABIM mengadakan tadarus al-quran dan sembahyang dhuha sepanjang ramadhan untuk menggantikan masa rehat pagi dan tengahari. Murid-murid tahun 1 mengadakan tadarus di kelas masing-masing. Murid-murid lain mengadakan tadarus di surau.

Tadarus murid-murid tahun 1 diiringi dengan bacaan daripada cd yang dipantau oleh guru yang bertugas.

Gambar-gambar menarik:



Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Memburu Lailatul Qadar

by Mohd Syakir Yusof | 8:43 AM in | comments (0)

PEMBICARAAN tentang Lailatul Qadar tidak pernah selesai kerana unik dan menarik. Lailatul Qadar mengandung dua pengertian. Satu, malam saat turunnya Alquran. Allah SWT, berfirman, "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya (Alquran) itu pada Lailatul Qadar) Q.S. Al-Qadar: 1.


Lailatul qadri di sini bermakna "Malam yang penuh berkah." Hal ini jika dihubungkan dengan firman-Nya, "Inna anzalnahu fi lailatin mubarakatain" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya Alquran pada malam yang penuh berkah). Q.S. Ad-Dukhan:3. "Berkah" berarti kebaikan yang banyak.

Lailatul qadar dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan terjadi hanya satu kali. Allah berfirman, "Syahru Ramadana alladzi unzila fihi Alquran" (Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan Alquran) Q.S. Al-Baqarah:185. Sumber

Selamat Berpuasa

by Mohd Syakir Yusof | 2:40 PM in | comments (0)

Fadhilat Ramadhan.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Sumber

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Pada 10hb September 2007, Murid-murid Tahun 1 & Tahun 6 Perempuan menerima suntikan pelalian. Seramai 3 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Kajang telah memberi suntikan pelalian kepada murid-murid di Pusat Sumber Sekolah.

Antara gambar-gambar yg menarik:




Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Peperiksaan UPSR Bermula

by Mohd Syakir Yusof | 2:11 PM in | comments (0)

Peperiksaan UPSR dijalankan selama 3 hari bermula 3hb Ogos hingga 5hb Ogos 2007. Murid Tahun 6 SERI/SEMI ABIM menduduki peperiksaan di Surau, Kelas Tahun 1 Abu Bakar dan kelas 1 Omar SERI/SEMI ABIM .

Semoga semua murid dapat menjawab dengan bersungguh-sungguh dan SELAMAT BERJAYA.

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Ustaz Ghani meninggalkan SERI/SEMI ABIM

by Mohd Syakir Yusof | 4:17 PM in | comments (1)

Pada 30hb Ogos 2007, Ustaz Ghani telah meninggalkan SERI/SEMI ABIM setelah berkhidmat selama 12 tahun. Beliau telah meninggalkan banyak kenangan kepada kakitangan sekolah.

Selain Ust. Ghani, seorang lagi guru yang meninggalkan SERI/SEMI ABIM ialah Cik Ainaa Liyana. Beliau telah mendapat tawaran kerja di Bank Islam.

Semoga mereka berjaya dalam apa bidang yang mereka ceburi dan teruskan perjuangan.

Gambar-gambar menarik sepanjang majlis perpisahan tersebut:




Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Videoclip Tamrin

by Mohd Syakir Yusof | 2:13 PM in | comments (0)

Pada 22hb Julai 2007, SERI ABIM Sg. Ramal Dalam telah mengadakan tamrin Tahun 4&5 di Kem Latihan Belia, Bukit Lagong.



Sesiapa yg ingin mendapatkan gambar-gambar dan klip-klip video boleh hubungi saya. (atau jumpe di Bilik Guru)

Lawatan Tahun 3

by Mohd Syakir Yusof | 9:25 AM in | comments (0)

Pada 12hb Julai 2007, murid-murid tahun 3 SERI/SEMI ABIM telah mengadakan lawatan ke Planetarium Negara dan Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.

Berikut gambar-gambar yg menarik di lawatan tersebut .






Seminar dan Muktamar ABIM Kebangsaan

by Mohd Syakir Yusof | 2:19 PM in | comments (0)

Sebahagian guru-guru dan kakitangan SERI/SEMI ABIM telah menghadiri Muktamar Sanawi ke-36 ABIM pada 18hb Ogos 2007 di Dewan SMKA Kuala Lumpur.

Selain muktamar, mereka telah menghadiri Seminar Islam dan Cabaran Semasa.





Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Sambutan Ulangtahun kemerdekaan ke-50

by Mohd Syakir Yusof | 5:39 PM in |

SERI/SEMI ABIM mengadakan Sambutan Ulangtahun kemerdekaan ke-50 pada 17hb Ogos 2007.

Berikut gambar-gambar yg menarik pada majlis tersebut




Perkhidmatan scan

by Mohd Syakir Yusof | 5:50 PM in | comments (0)

Unit I.T telah memasang sebuah scanner di bilik guru.

Untuk scan:

  • Letakkan bahan di di atas cermin pengimbas
  • Tekan butang 'Scan'

Sekiranya guru-guru mengalami kesulitan, sila hubungi UNIT dengan segera.

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Please introduce yourself here.

by Mohd Syakir Yusof | 3:21 PM in | comments (0)

My blog is exactly one month old today. I have received so many hits from Malaysia and from other countries.

I am so grateful for your support and some of you also visit my blog more than once. I am just curious and want to know you all better. Please feel free to introduce yourself here.

Thank you.

Yours truly : Mohd Syakir

I.T Unit Log

by Mohd Syakir Yusof | 1:24 PM in | comments (2)

I.T Unit Jobs List

FRIENDS

by Mohd Syakir Yusof | 4:28 PM in |

Mohd Syakir's Friends




Ainaa Liyana

School Event

by Mohd Syakir Yusof | 8:32 AM in | comments (1)

Log Aktiviti-aktiviti Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia

About me

My Favourite

Seri Abim
PPDHL
Adbrite

Lets Chat

Visitors

Viewers

Solat

Blog Ranking

Top Blogs
Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory
Google PageRank
Add to Technorati Favorites
Academics blogs
Academics Blogs
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
Best Malaysian Sites
Blogarama - The Blog Directory


World Top Sites
Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites


Support Me!!

Please Support my work and help me to keep going..Any help would be highly appreciated..thanks!