Dari pemerhatian saya, salah satu cara untuk menarik minat murid-murid adalah melalui teka-teki. Rasanya murid -murid tahun 3 ke atas boleh kita gunakan pendekatan ini. Selain menguji minda mereka, murid-murid boleh menanam sifat berani bertanya. Dalam teka-teki, bukan sahaja guru bertanya, tetapi murid-murid juga boleh 'menjual' teka-teki kepada guru atau rakan-rakan.
Pengalaman saya yg lepas, ada satu kelas tu (kelas 3 Ali), ada yang murid susah kita nak dengar dia bersuara tapi masa kita buat segmen teka-teki, dia je yang paling kepoh (agak-agak sapa orang tu ya?) Apabila kita tak dapat jawab (kadang-kadang tu saje), mereka akan berasa seronok. Macam mereka dah mencapai sesuatu yg boleh dibanggakan. Baguslah tu..
Oleh itu, saya mengajak semua untuk berkongsi teka-teki dengan saya. Boleh berkongsi dengan memberi komen di bawah...
0 comments:
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)