You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

Jimat Berbelanja

by Mohd Syakir Yusof | 11:56 AM in | comments (0)

Dah dekat musim perayaaan ini, perasaan untuk berbelanja tidak boleh dibendung. Ada saja godaan untuk berbelanja walaupun tidak perlu. Berikut adalah cara untuk merancang perbelanjaan.

Caranya adalah…

  1. Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.
  2. Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.
  3. Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.

    Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda!. Sumber

Majlis Berbuka Puasa

by Mohd Syakir Yusof | 11:49 AM in | comments (0)

Alhamdulillah, seramai lebih 200 orang ahli BAKA yang terdiri daripada ibubapa, penjaga, guru-guru dan kakitangan SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal telah menghadiri majlis berbuka puasa (Iftar Ramadhan) yang diadakan pada 22hb September 2007.

Selain itu, solat Tarawih dan tazkirah juga diadakan di surau sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang majlis tersebut:



JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA

by Mohd Syakir Yusof | 3:11 PM in | comments (0)

Sukacita dimaklumkan BAKA akan menganjurkan majlis berbuka puasa (Iftar Ramadhan). Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 September 2007/10 Ramadan 1428H (Sabtu)
Tempat : Kantin SERI/SEMI ABIM Sg Ramal Dalam

Aturcara majlis adalah seperti berikut :

6.00 : Ketibaan para ibu/bapa

7.15 : Iftar shaghir

7.30 : Solat Maghrib

7.45 : Iftar Kabir

8.25 : Solat insya’ dan Tarawih

Ibu-bapa digalakkan membawa juadah ringan. Sila maklumkan kehadiran selewat-lewatnya 20 September 2007. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira.

Tadarus sepanjang Ramadhan

by Mohd Syakir Yusof | 2:38 PM in | comments (1)

Murid-murid SERI/SEMI ABIM mengadakan tadarus al-quran dan sembahyang dhuha sepanjang ramadhan untuk menggantikan masa rehat pagi dan tengahari. Murid-murid tahun 1 mengadakan tadarus di kelas masing-masing. Murid-murid lain mengadakan tadarus di surau.

Tadarus murid-murid tahun 1 diiringi dengan bacaan daripada cd yang dipantau oleh guru yang bertugas.

Gambar-gambar menarik:



Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Memburu Lailatul Qadar

by Mohd Syakir Yusof | 8:43 AM in | comments (0)

PEMBICARAAN tentang Lailatul Qadar tidak pernah selesai kerana unik dan menarik. Lailatul Qadar mengandung dua pengertian. Satu, malam saat turunnya Alquran. Allah SWT, berfirman, "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya (Alquran) itu pada Lailatul Qadar) Q.S. Al-Qadar: 1.


Lailatul qadri di sini bermakna "Malam yang penuh berkah." Hal ini jika dihubungkan dengan firman-Nya, "Inna anzalnahu fi lailatin mubarakatain" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya Alquran pada malam yang penuh berkah). Q.S. Ad-Dukhan:3. "Berkah" berarti kebaikan yang banyak.

Lailatul qadar dalam pengertian ini terjadi pada bulan Ramadan dan terjadi hanya satu kali. Allah berfirman, "Syahru Ramadana alladzi unzila fihi Alquran" (Bulan Ramadan adalah bulan yang padanya diturunkan Alquran) Q.S. Al-Baqarah:185. Sumber

Selamat Berpuasa

by Mohd Syakir Yusof | 2:40 PM in | comments (0)

Fadhilat Ramadhan.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Sumber

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Pada 10hb September 2007, Murid-murid Tahun 1 & Tahun 6 Perempuan menerima suntikan pelalian. Seramai 3 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Kajang telah memberi suntikan pelalian kepada murid-murid di Pusat Sumber Sekolah.

Antara gambar-gambar yg menarik:




Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Peperiksaan UPSR Bermula

by Mohd Syakir Yusof | 2:11 PM in | comments (0)

Peperiksaan UPSR dijalankan selama 3 hari bermula 3hb Ogos hingga 5hb Ogos 2007. Murid Tahun 6 SERI/SEMI ABIM menduduki peperiksaan di Surau, Kelas Tahun 1 Abu Bakar dan kelas 1 Omar SERI/SEMI ABIM .

Semoga semua murid dapat menjawab dengan bersungguh-sungguh dan SELAMAT BERJAYA.

Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM

Kementerian Pelajaran Malaysia

About me

My Favourite

Seri Abim
PPDHL
Adbrite

Lets Chat

Visitors

Viewers

Solat

Blog Ranking

Top Blogs
Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory
Google PageRank
Add to Technorati Favorites
Academics blogs
Academics Blogs
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
Best Malaysian Sites
Blogarama - The Blog Directory


World Top Sites
Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites


Support Me!!

Please Support my work and help me to keep going..Any help would be highly appreciated..thanks!