Pada Jumaat minggu lepas, saya menonton VCD mengenai Siti Fatimah: Watak Remaja Masa kini bersama murid-murid Tahun 6 Ali. Siti Fatimah ialah pelajar terbaik SPM 2006 yang mendapat keputusan 18A.
Di dalam vcd tersebut dipertontonkan mengenai kehidupan seharian Siti Fatimah bermula awal pagi sehingga malam. Beliau bangun seawal 4 pagi. Amalan rutin yang beliau lakukan ialah beliau mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tahajjut, hajat dan solat sunat yang lain. Selepas mengerjakan solat sunat, beliau akan membaca beberapa potong ayat al-Quran. Selepas itu beliau akan mengulangkaji pelajaran.
Semasa di dalam kelas beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila beliau tidak faham, beliau akan terus bertanya kepada guru. Beliau jarang ke kantin untuk rehat tetapi lebih banyak menghabiskan masa di dalam kelas mengulangi matapelajaran semasa rehat sambil menikmati bekal makanan yang dibawa.
Di harap murid-murid Seri Abim Sg Ramal dapat mencontohi Siti Fatimah. Saya berdoa mereka akan berjaya di dalam akademik dan sahsiah..