16hb Mei datang lagi. Tarikh ini amat dinantikan sebahagian warga pendidik di seluruh Malaysia. Pada hari ini insan yang bergelar Cikgu, Ustaz, Ustazah dan lain-lain akan dihargai jasa mereka oleh sesiapa sahaja.
Sebahagian sekolah menganjurkan majlis khas sempena Hari Guru. Ada persembahan guru dan murid-murid, perlawanan persahabatan dan lain-lain lagi. Juga tidak ketinggalan murid-murid akan memberi hadiah kepada guru-guru mereka.
Ustaz percaya guru yang ikhlas mendidik anak bangsa tidak mengharapkan hadiah daripada anak didik mereka. Mereka lebih mengharapkan anak didik mereka berjaya dengan ilmu yang diajarkan oleh mereka.
Tetapi memberi hadiah kepada guru tidaklah salah. Ini adalah salah satu cara mereka menghargai guru-guru.
Mungkin sesiapa yang melawat blog ini boleh berkongsi pengalaman masing-masing semasa menyambut Hari Guru. Akhir kata Selamat Hari Guru.
Ps: Murid-murid Ustaz yang nak beri ucapan (atau hadiah)Hari Guru, boleh jumpa ustaz di bilik komputer pagi 16hb Mei. :)
0 comments:
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Error loading feed.