You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

Majalah PC Oktober

by Mohd Syakir Yusof | 2:57 PM in | comments (3)

Alhamdulillah, sesi persekolahan telah bermula lagi selepas seminggu bercuti Hari Raya Aidilfitri. Bolehlah saya menghantar posting untuk blog ini.

Posting kali ini saya akan memberi preview tentang Majalah PC Oktober 2008. Majalah PC ini saya beli semalam. Majalah PC bulan ini memokuskan tentang video digital. Antara artikel mengenai video digitall ialah 10 tip asas merakam video dan 10 perisian suntingan video terbaik.

Kedua-dua artikel tersebut banyak membantu saya untuk mengambil gambar dan video. Yalah, kedua-tugas tersebut menjadi rutin tugas saya di sekolah.

Manakala freeware dan software yang diketengahkan ialah Wise Disk (untuk bersihkan cakera keras), PicoZip Recovery (utk jejaki password yang hilang), pelayar Google Chrome dan banyak lagi.

Di dalam ruangan toturial pula memaparkan artikel mengenai mengemaskini antivirus AVG secara manual dan cara menghilangkan noise menggunakan Adobe Photoshop CS3.

Sebenarnya banyak lagi artikel yang menarik di dalam Majalah PC bulan ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah beli kat kedai (bunyi macam iklan je.. hehe) atau buat muka tebal baca free kat kedai buku..

Foto Raya 2008

by Mohd Syakir Yusof | 11:21 AM in | comments (0)

Bersama Anak Buah

by Mohd Syakir Yusof | 3:51 PM in | comments (0)

1 bulan 1 buku.

by Mohd Syakir Yusof | 10:14 AM in | comments (1)


Salah satu azam saya tahun ini ialah membeli dan menbaca 1 buah buku setiap bulan. Bulan Ogos ini saya telah memilih buku "Tip Menjadi Individu Menarik".

Buku ini ditulis oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar.


Usrah

by Mohd Syakir Yusof | 3:26 PM in | comments (0)

Hari ini macam biasa, setiap hari Rabu, guru-guru lelaki mengadakan Usrah. Usrah hari ini diadakan di Kantin. Selain membaca al-Ma’surat, usrah akan membincangkan buku Sirah Nabi. Pembentang usrah ialah Farhan dan tuan rumah ialah Helmi. Tuan rumah akan menyediakan makanan selepas pembentangan. Tajuk yang dikupas ialah mengenai Bai’at Aqabah Pertama. Berikut adalah isi mengenai tajuk ini.

1. Sebelas tahun Rasulullah saw menghadapi kehidupan yang tak mengenal istirehat dan ketenangan. Setiap saat selalu diancam pembunuhan dan penganiayaan daripada orang-orang Quraisy. Tetapi itu semua tidak mengendurkan semangat dan kekuatannya.

2. Sebelas tahun Rasulullah saw mengalami keterasingan yang mencengkam di antara kaumnya, tetangganya dan semua kabilah yang ada sekitarnya. Tetapi Rasulullah saw tidak pernah putus asa dan terpengaruh oleh situasi tersebut.


Allah mewajibkan dua hal kepada manusia:

1. Menegakkan syariat Islam dan masyarakatnya.

2. Berjalan mencapai tujuan tersebut di jalan yang penuh dengan onak duri.

3. Dalam bai’at ini tidak terdapat butir-butir tentang jihad, karena pada waktu itu jihad dan qital belum disyariatkan. Oleh sebab itu pembai’atan Rasulullah saw kepada orang tersebut tidak menyebutkan masaalah jihad.

4. Mush’ab bin Umair menyambut perintah Rasulullah saw ini dengan senang hati. Sesampainya di Madinah, dia mengajak penduduk Madinah masuk Islam, membacakan al-Quran dan mengajar hukum-hukum Allah.

5. Tugas da’wah Islam bukan hanya tugas para Nabi dan Rasul saja. Tetapi merupakan bahgian yang tak terpisahkan dari hakikat Islam itu sendiri. Tidak ada alasan bagi setiap muslim untuk tidak melaksanakannya, betapa pun kedudukan, pekerjaan dan keahliannya.


Taklimat Jumaat

by Mohd Syakir Yusof | 4:38 PM in | comments (0)

Petang ini guru-guru SERI / SEMI Abim Sg Ramal mengadakan taklimat di Bilik Guru. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Pengetua. Puan Pengetua mengingatkan beberapa perkara tentang perjalanan sekolah.

Antara perkara yang beliau sentuh ialah:

  1. Cerapan guru-guru sekolah menengah. Cerapan ini dilakukan oleh guru-guru sekolah lain.
  2. Semakan buku tulis. Guru diminta melakukan semakan buku tulis semasa minggu mengulangkaji.
  3. Keceriaan kelas.
  4. Kad Keluar Kelas. Guru akan diberikan dua keping kad yang digunakan untuk murid-murid yang ingin keluar semasa kelas berjalan.
  5. Bilik guru akan mendapat rak kasut yang baru. Guru diminta meletakkan kasut di rak kasut kerana dikhuatiri akan disepak oleh murid-murid.

Mesyuarat PenyelarasMakmal Komputer PPD

by Mohd Syakir Yusof | 4:03 PM in | comments (0)

Pada 04 Julai 2008 yang lalu Ustaz menghadiri Mesyuarat Penyelaras Makmal Komputer Sekolah Daerah Hulu Langat. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Blok E, PPD Hulu Langat. PPD ini terletak dengan dengan Tesco, Saujana Impian.

Walaupun mesyuarat ini membincangkan tentang isu-isu Makmal Komputer sekolah kerajaan tetapi beberapa perkara sedang dan boleh diaplikasikan di sekolah Seri Abim Sg Ramal.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

  1. Jadual Penggunaan Makmal hendaklah ditampal.
  2. Buku rekod penggunaan Makmal hendaklah diadakan.
  3. Buku inventori Makmal Komputer.

Seri Abim Sg Ramal sangat beruntung kerana mempunyai kemudahan ICT yang agak lengkap. Ada juga sekolah kerajaan yang belum lengkap dengan kemudahan ICT. Tapi kebanyakannya sudah lengkap dan lebih daripada Makmal Komputer Seri Abim Sg Ramal. Yang lebih itu ialah makmal komputer di sekolah kerajaan terletak di bangunan yang besar dan selesa.

Walaupun begitu kemudahan di Makmal Komputer Seri Abim sudah memadai untuk pembelajaran murid-murid. Cuma kena maintain dan tambahkan keceriaan makmal komputer. Insya-Allah ustaz akan berusaha ke arah itu. Ustaz akan mengemaskini tugas-tugas yang perlu dilakukan di makmal komputer sekolah.

Selain itu Ustaz mengharapkan para pelajar dapat menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer dengan lebih cermat. Manfaatkan sepenuhnya kemudahan itu kerana ibubapa dan penjaga murid-murid telah membayar yuran yang agak tinggi untuk pembelajaran komputer di sekolah.

Selepas mesyuarat, ceramah mengenai keselamatan internet diadakan. Kupasan tentang ceramah itu Ustaz akan blog di entry yang lain. Ceramah tamat pukul 12.30 tengahari. Ustaz bergegas ke Sg Ramal untuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Falah.

Telefon Muzik Pilihan

by Mohd Syakir Yusof | 9:33 AM in | comments (0)

Pelbagai kriteria orang dalam memilih telefon muzik. Antaranya kelantangan suara, butang khas untuk memain semula, kapasiti muatan dan kuasa bateri.

Majalah PC Julai 2008 menegeluarkan isu mengenai 10 telefon Muzik pilihan. Di dalam senarai tersebut terdapat 3 telefon Nokia, 3 telefon Samsung, 2 telefon Sony Ericsson dan 1 telefon LG dan telefon Motorola.

Telefon Nokia yang tersenarai ialah N91, Nokia 5220 dan 5320 XpressMusic. Nokia N91 menawarkan kapasiti sehingga 8gb dan menyokong pelbagai format muzik serta mempunyai radio FM stereo.

Manakala Nokia 5320 dilengkapi dengan 3G, akses web dan kawalan suara “Say and Play’. Ciri menarik yang terdapat pada telefon ini ialah ia mempunyai cip audio untuk kualiti hi-fi dan masa memain semula sehingga 24jam. Lama tu. Telefon Nokia 5220 sama seperti 5320 tetapi ia lebih nipis.

Sony Ericsson mempertaruhkan W7601 dan W3501. Telefon Sony Ericsson W7601 terkenal dengan ciri uniknya iaitu mempunyai fungsi kawalan media secara goncangan. Kita kena goncang ke depan kalau nak memain semula muzik. Telefon Sony Ericsson W3501 merupakan telefon muzik flip.

Dalam banyak-banyak telefon muzik yang tersenarai, telefon Nokia 5320 XpressMusic merupakan telefon muzik pilihan saya. Saya memilih telefon tersebut kerana ia mempunyai bentuk telefon yang klasik. Memang saya suka yang klasik. Lagi satu telefon ini mempunyai pembesar suara yang mantap dan tajam (pernah pinjam dengan kawan, dengar kualiti memang bagus).

Apapun saya masih setia dengan telefon yang ada sekarang (Nokia 1100 aka telefon ada lampu suluh, huhu..) memandangkan ia masih ok dan nak beli telefon muzik bukan manjadi keperluan sekarang.

Siti Fatimah: Watak Remaja Masa Kini.

by Mohd Syakir Yusof | 4:24 PM in | comments (0)

Pada Jumaat minggu lepas, saya menonton VCD mengenai Siti Fatimah: Watak Remaja Masa kini bersama murid-murid Tahun 6 Ali. Siti Fatimah ialah pelajar terbaik SPM 2006 yang mendapat keputusan 18A.

Di dalam vcd tersebut dipertontonkan mengenai kehidupan seharian Siti Fatimah bermula awal pagi sehingga malam. Beliau bangun seawal 4 pagi. Amalan rutin yang beliau lakukan ialah beliau mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tahajjut, hajat dan solat sunat yang lain. Selepas mengerjakan solat sunat, beliau akan membaca beberapa potong ayat al-Quran. Selepas itu beliau akan mengulangkaji pelajaran.

Di dalam vcd itu juga menunjukkan bagaimana Siti Fatimah menjalani kehidupan sebagai pelajar. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah beliau bukan sahaja pintar di dalam akademik tetapi aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau juga seorang ketua pengawas dan aktif di dalam sukan seperti badminton dan persatuan.

Semasa di dalam kelas beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila beliau tidak faham, beliau akan terus bertanya kepada guru. Beliau jarang ke kantin untuk rehat tetapi lebih banyak menghabiskan masa di dalam kelas mengulangi matapelajaran semasa rehat sambil menikmati bekal makanan yang dibawa.

Di harap murid-murid Seri Abim Sg Ramal dapat mencontohi Siti Fatimah. Saya berdoa mereka akan berjaya di dalam akademik dan sahsiah..

Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq: Catatan 2

by Mohd Syakir Yusof | 8:31 AM in | comments (0)

Setelah selesai makan tengahari dan solat Zuhur, kursus disambung semula. Tapi slot petang ini kami melakukan eksperimen. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya, Madi dan Razif satu kumpulan. Setiap kumpulan melakukan eksperimen yang berasingan.

Kumpulan saya diberi alat eksperimen iaitu baldi, batu berwarna-warni (macam batu cincin) dan gelung besi. Kami diberitahu bahawa kami akan melakukan eksperimen mengenai cahaya.

Kemudian kami diberikan beberapa helai kertas iaitu borang pre-test dan arahan ekperimen. Ooh, rupanya kumpulan saya akan melakukan eksperimen mengenai pembiasan cahaya.

Eksperimen 1, kami perlu memerhatikan keadaan pensel yang dicelupkan ke dalam baldi yang berisi air. Manakala eksperimen 2, kami perlu memasukkan batu kecil ke dalam gelung besi yang direndam di dalam air.

Di dalam eksperimen itu, kami perhatikan bahawa pensel kelihatan bengkok ke atas dan memang sukar untuk memasukkan batu kecil ke dalam gelung besi. Fenomena ini dipanggil pembiasan cahaya. Kemudian kami perlu mengisi beberapa borang tentang eksperimen tersebut. Kursus berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar.

Slot kelima telah disampaikan oleh Prof Dr Yusof b. Othman bermula pukul 8.30 malam. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Mengintegrasikan Sains dalam Pendidikan Islam. Oleh kerana sains telah sekian lama memberi manfaat kepada manusia, lama kelamaan manusia telah terpesona mengakibatkan alam rosak dan sistem sosial bercelaru.

Sains lebih mengutamakan kepintaran intelektual telah mengabaikan kepintaran emosi, spiritual dan tauhid. Oleh itu manusia perlu membangunkan roh dan qulb. Di akhir slot beliau mengingatkan kami bahawa kita sekarang perlu menjadi agen perubahan sains dan bukan menjadi penonton sahaja. Oleh itu kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Kursus tamat pada pukul 10.30 malam.

Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq: Catatan 1.

by Mohd Syakir Yusof | 8:28 AM in | comments (0)

Pada hari ini, sehari suntuk saya mengikuti Kursus Kesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq di Dewan Syura, Kolej Dar Hikmah. Kursus ini dianjurkan oleh Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). YTP ini macam PPD untuk sekolah-sekolah ABIM.

Kursus ini bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 malam. Kalau saya tidak silap, tak kurang 70 orang peserta dari sekolah ABIM seluruh semenanjung Malaysia yang mengikuti kursus ini. Dari SERI ABIM Sg Ramal sahaja dah 56 orang peserta.

Slot pertama disampaikan oleh Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh. Beliau menyampai 2 slot iaitu Pendidikan Sains berteraskan Tauhid dan Alam & Quran sbg Kitab Allah. Dalam slot pertama, antara isi yg saya dapat kutip ialah mengapa surah al-Fatihah diangkat sebagai Ummul kitab.

Al-fatihah menerangkan bahawa matlamat manusia sebagai khalifah ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang dan Allah juga Raja hari Pembalasan.

Untuk mencapai matlamat itu, manusia perlu mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa meminta pertolongan daripada Allah, meminta ditunjukkan jalan yang lurus dan jalan yang dikurniakan Allah nikmat. Selain itu kita perlu menghindari diri dari jalan yang salah / sesat.

Di dalam slot kedua, antara isi yang saya dapat ialah apa itu ‘membaca’. Membaca ialah proses belajar yg boleh dilakukan melalui penyelidikan, kajian, penjelajahan dan renungan tanpa diajar terus oleh guru. Kita bukan sahaja boleh membaca buku atau kitab tetapi kita boleh membaca alam.

Apabila kita membaca alam kita melakukan sains kerana kita mendengar, melihat, berfikir untuk menstruktur idea dan menulis . Slot kedua berakhir pada pukul 1 petang. Kursus berhenti untuk makan tengahari dan solat zuhur.

Teka-teki Julai

by Mohd Syakir Yusof | 7:58 AM in | comments (0)

Teka-teki 1

Budak sekarang suka sangat tengok gusti atau WWE. Dalam WWE tu ada penggusti namanya Undertaker dan The Rock. Kalau Undertaker nak masuk stadium, dia naik motor besar. Soalannya The rock naik apa???


Teka-teki 2

Banyak-banyak ikan, ikan apa paling pandai??



Jawapan:

Teka-teki 1:
The Rock naik kening.....

Teka-teki 2: Ikan Yu sebab di masuk 'U' (universiti).

Magic Teka-Teki

by Mohd Syakir Yusof | 2:26 PM in | comments (2)

Objektif. Meneka bilangan adik-beradik lelaki dan perempuan.

  1. Minta audience menulis bilangan adik-beradik lelaki termasuk diri masing-masing utk audience lelaki.
  2. Tambah bilangan tersebut dgn angka 1.
  3. Jumlah tersebut darab dgn 2.
  4. Jumlah tadi ditambah dn angka 1.
  5. Kemudian darab dengan 5
  6. Akhir sekali jumlah tersebut ditambah dengan bilangan adik-beradik perempuan termasuk diri masing-masing utk audience perempuan.
  7. Minta audience sorang-sorang nyatakan jumlah terakhir.
Untuk meneka berapa bil adik-beradik lelaki / perempauan sila add comment dan masukkan email. Saya akan bg cara nak teka bil. tersebut.

SMS Bulan Mei

by Mohd Syakir Yusof | 11:21 AM in | comments (0)

Haram mnikahi gadis…

HARAM mnikahi gadis 1 kampung. Fatwwa baru drJAKIM. Fatwa inimnimbulkn pdepatn & bntahn.. bnyak pihak mnyatakn bhw JAKIM tburu2 mmbuat kputusn, Bgaimana JAKIM blh mngeluarkan fatwa haram menikahi gadis 1 kampung? Pgawai JAKIM mnjelaskan “bagaimana tdk haran sdgkan kahwin 4 pn dh rmai, inikn 1 kampung. Ha3.

Buka…

Buka hati terima cinta,
Buka minda terima ilmu,
Buka tangan terima hadiah,
Buka mesej…

Terima kasih la…

Susah2 je buka…’=)

Lagi koleksi sms

by Mohd Syakir Yusof | 5:09 PM in | comments (0)

Tiket free ke Genting

Wey, aku de 1 tiket extra nk gi genting nie. Camne ek? Member aku x jadi nk ikut aku. Ko nk g dgn aku x? kite gi 2 org je. Free amacm? Nnt aku bg tket kat ko. next week r kte g. tiket 2 pun org sponsor. If nk gi ko kne bwk ni je

  1. bawa bersabar
  2. bawa bertenang

sbb aku tipu ko..huhu..

7/04/2007


Kita bukan Along..

Alow kwn. Mau krdit percuma ka? Jmpa sy la. Xpandai main hp? Xpa. Blh jmpa sy. Kursus kita ada. Krdit p’cuma kita pn ada. RM5,?RM10? saya kasi. RM50? Sy pn kasi ma.

INGAT!! Kita bkn ALONG maa. Kita Cuma maw…

KLENTONG..heheehe

10/04/2008

Lagi koleksi sms

by Mohd Syakir Yusof | 2:53 PM in | comments (0)

Sudah cukup

1 batu sudah cukup utk memecahkan gelas
1 perkataan sudah cukup utk melukakan hati
1 saat sudah cukup utk jatuh hati
&
1 or kawan mcm awk sudah cukup buat sy gembira


BEAUTIFUL people..

BEAUTIFUL people reflect ALAH in their lives. They think HIS thoughts. Speak HIS Words & Love without reason. May u remain Beautiful person ALWAYS.
17/03/2008


Hiburkan hatimu dgn...

Hiburkan hatimu dgn kalimah tuhanmu..Alunkannya semerdu alunan seindah suara kpdmu.. Jagalah tiap segala nikmat yang dikurnia..Hndarlah keluh kesah krn itu jerat syaitan laknatullah..Yakinlah dgn Tuhanmu krn dia maha tahu sgala yg t’sirat dsbalik ssuatu.. Dongaklah ke langit & renunglah indah ciptaanNya Jgn t’lalu mghtung duka krn sgsara akan bganda.. Ingatlah Allah..Punca sgala bahagia..
29/02/2008

Buat niat mengumpul hadiah.

by Mohd Syakir Yusof | 2:51 PM in | comments (0)

16hb Mei datang lagi. Tarikh ini amat dinantikan sebahagian warga pendidik di seluruh Malaysia. Pada hari ini insan yang bergelar Cikgu, Ustaz, Ustazah dan lain-lain akan dihargai jasa mereka oleh sesiapa sahaja.

Sebahagian sekolah menganjurkan majlis khas sempena Hari Guru. Ada persembahan guru dan murid-murid, perlawanan persahabatan dan lain-lain lagi. Juga tidak ketinggalan murid-murid akan memberi hadiah kepada guru-guru mereka.

Ustaz percaya guru yang ikhlas mendidik anak bangsa tidak mengharapkan hadiah daripada anak didik mereka. Mereka lebih mengharapkan anak didik mereka berjaya dengan ilmu yang diajarkan oleh mereka.

Tetapi memberi hadiah kepada guru tidaklah salah. Ini adalah salah satu cara mereka menghargai guru-guru.

Mungkin sesiapa yang melawat blog ini boleh berkongsi pengalaman masing-masing semasa menyambut Hari Guru. Akhir kata Selamat Hari Guru.

Ps: Murid-murid Ustaz yang nak beri ucapan (atau hadiah)Hari Guru, boleh jumpa ustaz di bilik komputer pagi 16hb Mei. :)

Dilema Hadiah Hari Guru

by Mohd Syakir Yusof | 5:16 PM in | comments (4)

Tahun ni tahun kedua Ustaz menyambut Hari Guru sebagai guru di SERI/SEMI Abim Sg. Ramal Dalam.

Kat sekolah ini ada upacara bertukar-tukar hadiah antara guru-guru atau staf yg lain. Sebelum hadiah disampaikan pada Hari Guru 16 Mei ni, semua guru kena mencabut nama guru yang akan diberi hadiah.

Macam tahun lepas, Ustaz kena bagi hadiah kat Cikgu perempuan. Ni yang pening kepala lagi ini. Apa nak bagi hadiah kat cikgu ni. Harga hadiah kena lebih RM25.

Kalau blogger yang lawat blog Ustaz ini, boleh tak cadang hadiah yang patut Ustaz bagi. Cikgu perempuan ni dah kawin..

Anak Murid Cikgu Berahim - Episod 4

by Mohd Syakir Yusof | 4:10 PM in | comments (0)

Suatu pagi di kelas 3 Satria Neo, selepas waktu rehat;

Cikgu Berahim : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, cikgu...

Cikgu Berahim : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu!

Cikgu Berahim : Bagus! Sekarang giliran Udin pula. Apakah tugas daun pisang?

Udin : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu...

Cikgu Berahim: Huii...lagi bagus! Ha, berdiri atas meja! Sampai habis kelas!

Anak Murid Cikgu Berahim - Episod 3

by Mohd Syakir Yusof | 1:08 PM in | comments (0)

Cikgu Berahim sedang mengendalikan kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.

Seperti biasa, Cikgu Berahim akan meminta murid-muridnya melakukan regangan otot.

Tiba di satu bahagian, di mana murid-murid baring dan mengangkat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.

Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya.

Tiba-tiba seorang muridnya menghentikan kakinya.



Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol.

"Man!, apa sebab awak berhenti ni hah!!".

"Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak!"

hehe...

Anak Murid Cikgu Berahim - Episod 2

by Mohd Syakir Yusof | 3:38 PM in | comments (0)

Waktu persekolahan pada hari itu telahpun tamat. Sebelum keluar dari kelas, Cikgu Berahim bertanya kepada murid-muridnya;

"Sesiapa di antara kamu mahu masuk atau pergi ke syurga?"

Semua murid mengangkat tangan kecuali Udin.



Lalu Cikgu Berahim yang kehairanan pun bertanya,

" Udin, kenapa awak tak nak pergi ke syurga?"

"Mak saya kata...lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana!!" Jawab Udin dengan muka cukup selamba...

Anak Murid Cikgu Berahim - Episod 1

by Mohd Syakir Yusof | 12:38 PM in | comments (0)

Seperti biasa, Cikgu Berahim hari ini mengajar murid-murid di Sekolah Agama. Cikgu Berahim mengajar murid Tahun Satu. Pada hari tersebut, dia mengajar bab "CARA BERWUDHUK".

Selepas mengajar, Cikgu Berahim selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan.

Cikgu Berahim : Ada sesiapa nak tanya soalan?

Tiba-tiba seorang anak muridnya Udin, mengangkat tangan;

Udin : Ada cikgu. Saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Cikgu Berahim : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Udin : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut...wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!

Cikgu Berahim : Allahhuakbarr!!!

Teka-teki: Nombor

by Mohd Syakir Yusof | 5:26 PM in | comments (0)

Banyak-banyak nombor, nombor apa orang paling tak suka???


Jawapan:
"Nombor yang anda dail tidak ada dalam perkhidmatan"

he.he..;)

Sandwich Sendiri

by Mohd Syakir Yusof | 12:22 PM in | comments (0)

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan.

Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.

Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,

"Maaf cik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!"

Maka dua org sahabat itu saling berpandangan. Sambil mengangkat bahu, mereka mula menukar sandwich masing-masing.

Kenali Rumah Ustaz..

by Mohd Syakir Yusof | 5:10 PM in | comments (0)

SMS: Eyes

by Mohd Syakir Yusof | 10:18 AM in | comments (0)

Do you know the relation b2ween your 2 eyes?

They blink 2gether, move 2gether, cry 2gether,

C thing 2gether & sleep 2gether. Even though they

never C each other.. Friendship should be just like that!!

Life is like hell without FRIENDS. ;) *wink*

Kenapa Mati Hari Jumaat?

by Mohd Syakir Yusof | 8:59 AM in | comments (0)

Kenapa Mati Hari Jumaat?

Ini kisahnya;

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Kemungkinan besar makhluk halus ada mendiami tempat tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.


Masa berputar... pukul 8:00am.. 8:30am sehingga jam 9.00 am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut....

soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER nya!!!

Lawak Antonim..

by Mohd Syakir Yusof | 5:28 PM in | comments (2)

suatu pagi seorang cikgu yang baru memulakan tugas di sebuah sekolah masuk ke sebuah kelas:

cikgu: assalamualaikum murid2.
murid2:waalaikumussalam cikgu.

cikgu: hari ni cikgu nak ajar perkataan berlawan. contoh, saya lawannya awak. okay jawab murid2, kawan lawannya?
murid2: musuh.

cikgu: ketat ?
murid2: longgar.

cikgu: kecil?
murid2: besar.


cikgu: bagus semua!
murid2: tak bagus.

cikgu: ok....ok...cukup
murid2: tak ok..tak ok....tak cukup.

cikgu: sudah.....sudah...
murid2: belum...belum..

cikgu: jangan main-main
murid2:kami sungguh-sungguh.

cikgu: kamu nak kena rotan?
murid2:kami nak pekena roti.

cikgu: ish kamu ni dah melampau.
murid2:kami sopan santun.

cikgu: dah jangan nak melawan.
murid2:kami dengar cakap.

cikgu: diam semua!!!!!!!!!!!!!
murid2:BISING SEMUA!!!!!!

maka dipendekkan cerita, cikgu itu pun jatuh pengsan kerana tak tahan dgn karenah murid2 barunya yang terlampau tinggi semangat belajarnya.

Temuramah dengan Siti Fatimah

by Mohd Syakir Yusof | 8:58 PM in | comments (0)

Selamat Kembali ke sekolah

by Mohd Syakir Yusof | 4:59 PM in | comments (0)

Selamat Kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar dan guru di seluruh Malaysia.

Semoga sesi persekolahan 2008 membuka lembaran baru dgn semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai kecemerlangan.

Sukses!!!!

Kementerian Pelajaran Malaysia

About me

My Favourite

Seri Abim
PPDHL
Adbrite

Lets Chat

Visitors

Viewers

Solat

Blog Ranking

Top Blogs
Education and Training Blogs - BlogCatalog Blog Directory
Google PageRank
Add to Technorati Favorites
Academics blogs
Academics Blogs
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals
Best Malaysian Sites
Blogarama - The Blog Directory


World Top Sites
Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites


Support Me!!

Please Support my work and help me to keep going..Any help would be highly appreciated..thanks!