
Pada hari Sabtu, 8hb Dis 2007 telah berlaku peristiwa yang agak malang menimpa saya kerana bilik rumah sewa yang tersayang telah dipecah oleh pencuri yang tidak bertanggungjawab.
Peristiwa tersebut dipercayai berlaku antara pukul 1 - 1.45 petang. Member sebilik yang baru saje tinggal di bilik tersebut selama 2 minggu adalah orang yang pertama menyedari kejadian tersebut. Barang yang hilang taklah banyak tetapi barang yang hilang tidak sama dengan barang yang baru.
Walaubagaimanapun kejadian tersebut telah memberi pengajaran kepada ahli-ahli rumah. Semoga kejadian tersebut tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Pelaburan Internet: Antara Halal & Haram
by Mohd Syakir Yusof | 2:39 PM in Investment | comments (0)
SMS 1
Sms diterima: 1hb Disember 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kadang-kadang tidak semua yang kita impikan itu akan menjadi impian.. ada perkara juga yg memerlukan kita melalui jalan yang sangat panjang.
SMS 2
Sms diterima: 29hb Oktober 2007
Penghantar: Rahsia
Kategori: Nasihat
SMS: Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalannya berbanding kurangnya kebijaksanaan dan kemahiran.
SMS merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dewasa ini. Selain SMS biasa untuk bertanya khabar, ada banyak sms yang mengandungi maklumat atau kata-kata yang berbentuk nasihat, motivasi dan usikan.
Tak payah nak pikir-pikir sms apa yang hendak dihantar kalau dah habis idea. Cuma pilih sms tersedia yang sama dengan maksud kita itu.
Nak buang sayang, nak simpan tak cukup space (maklumlah handphone murah). Oleh itu, baik rasanya saya berkongsi sms yang saya terima kepada anda semua. Selamat membaca (kalau sapa-sapa perasan sms anda kepada saya tersenarai, saya minta halal...He..he)







