Gambar-gambar menarik:

UNIT SERI/SEMI ABIM
You cannot teach a man anything; you can only help him find it within himself.

PEMBICARAAN tentang Lailatul Qadar tidak pernah selesai kerana unik dan menarik. Lailatul Qadar mengandung dua pengertian. Satu, malam saat turunnya Alquran. Allah SWT, berfirman, "Inna anzalnahu fi lailatil qadri" (Sesungguhnya Aku telah menurunkannya (Alquran) itu pada Lailatul Qadar) Q.S. Al-Qadar: 1.
Fadhilat Ramadhan.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Sumber
Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM
by Mohd Syakir Yusof | 12:50 PM in Activity | comments (0)
Pada 10hb September 2007, Murid-murid Tahun 1 & Tahun 6 Perempuan menerima suntikan pelalian. Seramai 3 orang kakitangan dari Klinik Kesihatan Kajang telah memberi suntikan pelalian kepada murid-murid di Pusat Sumber Sekolah.
Antara gambar-gambar yg menarik:


Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM
Peperiksaan UPSR dijalankan selama 3 hari bermula 3hb Ogos hingga 5hb Ogos 2007. Murid Tahun 6 SERI/SEMI ABIM menduduki peperiksaan di Surau, Kelas Tahun 1 Abu Bakar dan kelas 1 Omar SERI/SEMI ABIM .
Semoga semua murid dapat menjawab dengan bersungguh-sungguh dan SELAMAT BERJAYA.
Mohd Syakir Md.Yusof
UNIT SERI/SEMI ABIM
Copyright © 2008 All rights reserved.
Design by Padd IT Solutions
.Converted to Blogger by Blogger Tricks.